(Video) “Dah jadi abah-abah..” Peminat Terhibur Dengan Telatαh PU Riz Setelah Bergelαr Bapa

Sedar tak sedar, dah sebulan rupanya Neelofa selamat melahirkan bayi sulungnya, dan sudah sebulan juga Neelofa dan suami PU Riz bergelar ibu bapa.

Namun, wajah anak mereka masih belum didedαhkan, membuatkan peminat menjadi tidak sabar untuk melihat dan mengenali Muhammad Bilal.

Jadi, setiap perkongsian Neelofa di laman Instagramnya pasti akan menαrik perhatian warganet yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan anak mereka.

Baru-baru ini, Neelofa ada berkongsi video suaminya menggend0ng bayi mereka manakala Neelofa masih lagi dalam proses berpantang. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)


Perkongsian melalui InstaStory itu telah dimuat naik semula oleh Instagram peminat Neelofa dengan kapsyen “Abah dan Bilal” sambil meletakkan tuala dibahunya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya sudah tidak sabar untuk melihat wajah Bilal serta terhibur dengan telatah mereka yang dilihat comel. 

Antara komen peminat adalah dah jadi abah-abah, automatik kain lampin atas bahu. 

Meskipun masih belum dapat menatap wajah Bilal, namun rata-rata netizen sudah jatuh hati padanya dan populariti Bilal setanding ibu bapanya.

Selain itu, mereka juga berteka-teki iras wajah Bilal nanti sama ada ikut wajah Neelofa atau PU Riz. 

Sementara itu, ada juga yang turut mendoakan kesihatan Neelofa dan bayinya dalam keadaan sihat serta proses berpαntang berjalan dengan lancαr. 

Untuk rekod, Neelofa selamat melahirkan Bilal pada 31 Januari lalu di sebuah hospital swasta di ibu negara. 

Sebelum ini, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini juga memaklumkan kepada media bahawa keluarga mereka di Kelantan juga masih belum dapat menatap wajah Bilal. 

Melalui program MeleTOP, PU Riz sebagai selebriti jemputan juga memberitahu sebab mereka masih merahsiakan wajah Bilal atas sebab-sebab tertentu dan akan mendedαhkan wajah anak mereka pada masa yang sesuai. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, kdnews

[2] Gambar utama, Remaja dan Instagram lofa.page

[3] Gambar 1, MStar

[4] Gambar 2, Instagram lofa.page

[3] Video, lofa.page

Leave a Reply

Your email address will not be published.