[Video] “Suara sedap, Tok Ti telαn radio ke..?”, Sekali Jawapan Spontan Tokti Bikin Ramai Dekαh

Seperti mana yang kita ketahui, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan Tokti diberi jol0kan penyanyi nombor satu negara dek kerana beliau mempunyai sifat mesra dan merendah diri dengan peminat tidak kira darjat ataupun waktu.

Tokti bukan sahaja mempunyai peribadi yang mulia, tetapi bakat nyanyiannya sudah tidak as1ng lagi dalam industri sehingga dia begitu dihormati di dalam dan luar negara.

Penyanyi lagu Cindai ini juga begitu aktif di dalam media sosial seperti Instagram dan TikTok bertujuan untuk mendekatkan diri dengan peminat yang begitu rindukan gelagat Tokti yang kadangkala begitu menghiburkan ramai.

Melalui satu perkongsian di Tiktok miliknya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau turut mesra dengan gelaran Tok Ti telah menjawab beberapa pertanyaan daripada netizen.

Dalam salah satu soalan daripada peminat, ada satu soalan yang begitu menarik perhatian ramai iaitu soalan yang berbunyi, “suara sedap, Tok Ti telan radio ke?”.

Kemudian jawapan spontan dengan nada yang serius yang diberikan oleh Tokti begitu menghiburkan ramai orang walau semua tahu TokTi hanya sekadar bergurau.

“Haah, kadang saya telαn, kadang saya kunyαh”, jawab Tok Ti dengan spontannya.

Dalam pada itu, video rakaman gelagat Tokti ini telah dimuat naik melalui akaun TikTok dengan bernama Sitizoner dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Menjengah di ruang komen, rata-rata netizen begitu terhibur dengan gelagat Tokti dalam memberikan jawapan itu.

Terdahulu, kemunculan Tokti sebagai tetamu undangan Sepahtu Reunion Live menjadi perhatian ramai.

Namun, siapa sangka Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti pandai berlakon. Rata-rata netizen memuji Tokti membawakan watak sebagai kakak kepada Jep Sepahtu.

Kata netizen, rata-rata netizen tidak menyangka Tokti yang selalu berada di pentas untuk menghiburkan peminat ada sisi kelakarnya. Turut menyanyi dalam program tersebut, vokal Tokti masih hebat dan berb!sa.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Tokti mengatakan dia tidaklah pandai berlakon dan pembabitan itu hanya sekadar suka-suka sahaja.

Untuk makluman, Tokti telah melangsung perkahwinan dengan usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada tarikh 21 Ogos 2006.

Melalui  perkahwinan itu, mereka dianugerahkan dua orang anak bernama Siti Aafiyah, 3 dan Muhammad Afwa, 7 bulan.

Sumber:

[1] Rujukan: Sinetron Malaya

[2] Gambar Utama: Instagram Siti Nurhaliza Tarudin dan Gempak

[3] Gambar-Gambar Lain: Rotikaya dan Instagram Siti Nurhaliza Tarudin

Leave a Reply

Your email address will not be published.