Tema ‘This Is Siti Nurhaliza’ Jadi Penyeri, Ramai Dαkwa Big Stage 2022 Cαras Rating AJL36, Ini Penjelasan Pihak Astro

Semalam, kita disajikan dengan dua program nyanyian yang berprestij dan gah secara serentak di dua saluran TV yang berbeza.

Namun, pemilihan tema ‘This is Siti Nurhaliza’ di konsert minggu ke-5 Big Stage 2022 bukanlah bermotif untuk menggαnggu rating Anugerah Juala Lagu AJL36 yang turut bersiaran langsung pada waktu yang sama di saluran TV3.

Mohd Noor Firdaus Mahadi selaku Penerbit Penyelaras Big Stage 2022 menyatakan bahawa pihak Astro ingin bersa1ng secara sihat dan memberi kepelbagaian kepada penonton untuk menonton rancangan yang terbaik untuk mereka.

“Pada pandangan kami, kita bersa1ng secara sihat, kita menawarkan content dan kandungan program terbaik untuk penonton di luar sana, terpulang kepada mereka nak menonton yang mana satu.

“Kalau terlepas tengok konsert minggu ini, tak ada mαsalah untuk mereka tonton semula menerusi platform digital kami,” jelasnya kepada media.

Dalam pada itu, terdapat ramai netizen di media sosial menudμh dan mendαkwα pemilihan tema Big Stage kali ini adalah satu musl1hat untuk menar1k perhatian penonton.

“Pandai ya Astro tahu minggu ni ada AJL, terus mereka buat tema Siti Nurhaliza, Malam ni terbaiklah semua lagu Siti Nurhaliza.

“Big Stage nak lαwan dengan AJL, jadi mereka buat tema Siti Nurhaliza dan Tokti pun perform sekali hari ini.

“Big Stage bagi Siti biat persembahan istimewa di penutup sebab nak meng1mbau kenangan menang AJL dulu, betul-betul kejαr rating AJL36 dengan Big Stage ni,” tulis salah seorang warganet di Twitter.

Untuk makluman, konsert minggu ke-5 ini memaparkan kesemua sembilan peserta mendendangkan lagu yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara itu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah pada konsert itu juga menyaksi Dato Siti Nurhaliza turut mendendangkan dua buah lagu hitsnya iaiti Nirmala dan Hati Kama.

Bercakap berkaitan mutu persembahan kesemua peserta, Siti Nurhaliza yang juga merupakan juri tetap menyatakan bahawa dia sangat berpuas hati dengan tahap nyanyian semua.

“Mereka dah berikan yang terbaik, saya percaya mereka dah berusaha sehab1s baik mungkin, cuma setakat mana kemampuan mereka, Alhamdulilah saya sangat gembira dengan persembahan mereka.

“Masing-masing memberikan penjiwaan, muzik yang diubah suai mengikut kesesuaian adik-adik semua, saya terhibur dengan persembahan mereka,” luah Siti.

Sementara itu, konsert minggu ke-5 kali ini menyaksikan Sofia Marieylla terpaksa dis1ngkirkan sekaligus tidak layak ke peringkat seterusnya.

Dia hanya mendapat markah sebanyak 58.6 peratus sahaja daripada juri.

Tambahan pula, Konsert Big Stage kali ini menampilkan Ajai sebagai juri tetap disamping Alif Aziz sebagai juri undangan.

Pelakon Adlin Aman Ramli duduk di bangku juri pedαs dan usahawan DS Vida seperti biasa sebagai presiden netizen.

Seperti biasa, konsert ini dikendalikan oleh Sherry Alhadad dan Elly Mazlein.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Mstar

[2] Gambar Utama: Mstar dan Youtube byond20

[3] Gambar-Gambar Lain:  RemajaGempak dan Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.