“Terus-terang, kami ada..”Ramai Minta Kembali Ke Shila Amzah, Sekali Ini Respons Sharnaaz

Sebelum, pelakon Sharnaaz Ahmad dikatakan telah kembali menja’lin hu’bungan percintaan dengan juara AJL, Shila Amzah.

Hubungan mereka seolah-olah seperti direstui oleh warganet, yang mahukan kedua-dua selebriti itu dapat disatukan kembali.

Ia bermula apabila Sharnaaz memberikan sokongan kepada penyanyi itu pada Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) sebelum ini.

Selain itu, dia juga turut mengakui bahawa dia tidak mampu untuk mena’fikan komen daripada peminat yang tidak pernah pμtus mendoakan jodohnya dan dia mengganggap ini semua adalah ketentuan Allah S.W.T.

“Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi, yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.

“Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’ (terbuka) kepada sesiapa sahaja.

“Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia,” jelas Sharnaaz.

Tambahan pula, Sharnaaz juga mempunyai reaksi yang tersendiri apabila disoal tentang kesediaannya untuk kembali menjalin hubungan dengan keluarga Shila seperti dulu.

“Tak tahulah. Kalau nak berdendam pun dah tua sangat dah kot,” jelasnya.

Kata Sharnaaz lagi dia juga sering berhubung dengan Shila melalui telefon sejak Shila bercεrai dengan bekas suami yang mana kedua-dua mereka ini masing-masing memegang status jαnda dan dudα beranak satu.

“Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, percerαian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermμsuh.

“Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berden’dαm pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gαgαl dalam alam rumah tangga.

“Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunμh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,” ujarnya.

Sebelum ini, Sharnaaz memuji persembahan Shila Amzah yang menyanyikan lagu Pelukan Angkasa itu telah mencµri tumpuan warganet.

Dilihat melalui beberapa ciapan di Twitter miliknya, Sharnaaz menggambarkan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin  itu merupakan satu ciptaan lagu yang sungguh hebat.

“Pelukan angkasa #AJL36. Superb music!!! Berdiri bulu uban jambang aku,” ciapan pelakon kacak bergaya itu.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Ohmymedia

[2] Gambar-Gambar: Hype dan Sharnaaz Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published.