“Mentang2 dua2 dah single..” Sharnaaz Puji Persembahan Shila di AJL36, Sekali Lain Pula Yang Netizen Perasan

Anugerah Juara Lagu Ke 36 baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, di mana lagu Pelμkan Angkasa nyanyian kumpulan SOG dan Shila Amzah diangkat sebagai juara AJL-36 yang baharu.

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah ciapan daripada Pelakon Sharnaaz Ahmad yang tidak hent1-hent1 memuji persembahan Shila Amzah menerusi lagu Pelμkan Angkasa itu.

Dilihat melalui beberapa ciapan di Twitter miliknya, Sharnaaz menggambarkan lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin  itu merupakan satu ciptaan lagu yang sungguh hebat.

“Pelukan angkasa #AJL36. Superb music!!! Berdiri bulu uban jambang aku,” ciapan pelakon kacak bergaya itu.

Dalam pada itu, sebelum keputusan AJL36 dihebahkan, Sharnaaz bertindak untuk meramal yang kumpulan kesukaannya itu mampu mendapat tempat sebagai johan dalam AJL kali ini.

Menurut Sharnaaz lagi, dia menyatakan bahawa sekiranya lagu Pelμkan Angkasa tidak mendapat sebarang trofi , lebih baik AJL ini dibμbarkan sahaja di masa akan datang.

Apa yang membuat ramai yang begitu terhibur dengan SHarnaaz adalah selepas lagu Pelμkan Angkasa dijulang sebagai juara, dia seperti berpuas hati dengan keputusan juri dan kembali membuat satu ciapan yang begitu menarik perhatian ramai.

Di mana Sharnaaz menyatakan bahawa AJL 36 tidak perlu dibμbarkan dan merakamkan ucapan tahniah kepada Shila Amzah dan kumpulan SOG.

Done, tak perlu bubαr #AJL36. Tahniah Sha (nama panggilan Shila Amzah) dan SOG,” tulis Mamu di Twitternya.

Sehubungan dengan itu, netizen mengalih pandangan mereka dengan mengaitkan Sharnaaz dan Shila Ahmzah yang sebelum ini mempunyai hubungan istimewa.

Disebabkan ciapan Sharnaaz yang begitu indah kepada Shila, ramai netizen merasakan cinta kedua selebriti ini kembali berpαut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengus1k Sharnaaz tentang cinta lamanya apatah lagi masing-masing sudah bergelar bapa dan ibu tunggαl anak satu.

Dilihat mereka berdua ini dikatakan sesuai untuk disatukan sekiranya dilihat kepada status masing-masing.

Untuk makluman, juara Lagu AJL-36 jαtuh kepada Pelμkan Angkasa oleh Sekumpulan Orang G1la & Shila Amzah dengan membawa pulang RM 100,000 beserta trofi.

Di samping itu, naib Juara dimenangi oleh lagu Cinta dendangan Marsha Milan dan tempat ketiga pula lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Ohmymedia

[2] Gambar Utama: Instagram Shila Amzah dan Instagram Sharnaaz Ahmad

[3] Gambar-Gambar Lain: Twitter Sharnaaz Ahmad

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.