“Sebenarnya tak jadi mαsαlαh nak tunjuk anak, tapi..” PU Riz Tαmpil Jelαskan Perkara Sebenαr Kenapa Tak Tunjuk Muka Anaknya

Baru-baru ini, PU Riz dan Neelofa berkongsi satu khabar yang mengembirakan untuk semua, dimana dia mendapat cahaya mata sulung.

Alhamdulillah pada 31 Januari lalu, anak kepada pasangan selebriti lahir dan diberi nama Muhammad Bilal.

Tetapi wajah anaknya itu masih tidak didedahkan kepada umum.

Ibu Neelofa sendiri, Noor Kartini juga memaklumkan sebelum ini bahawa keluarga mereka di Kelantan juga masih belum dapat melihat wajah sebenar Bilal. 

Haris yang hadir pada program MeleTOP malam tadi menyatakan pendirian mereka tentang ‘merahsiakan’ wajah anak mereka ketika ditanya oleh hos Elly Mazlein. 

“Sebenarnya tak jadi masalah nak tunjuk anak, tapi saya jawab dengan hadis yang antaranya menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan. 

“Khuwatir kalau ada yang menengok..sabar,” katanya. 

Haris juga masih belum memberitahu bila dia akan berkongsi wajah Bilal kepada semua. 

Ketika ditanya mengenai pengalaman pertama kali bergelar seorang bapa, Haris menyatakan mereka menjalani kehidupan dengan penuh bersederhana sambil membahasakan dirinya sebagai Abah. 

“Sederhana saja, tapi semua pun tahu tidur pun tak berapa cukup. Kita menolong isteri. Selalunya selepas bersalin mereka ada postpartum (kemurungan). 

“Ummi kita tak ada apa, Alhamdulillah,” tambahnya lagi. 

Haris juga memberitahu tentang nama anaknya Bilal adalah keputusan bersama dan bersempena nama sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Bilal Bin Rabah. 

“Nama Muhammad Bilal diambil dengan pilihan dan keputusan bersama. 

“Saya dalam banyak kisah pergi ceramah, Bilal ini buat menangis dengar. 

“Jadi kami ambil berkat mega (Bilal) jadi anak soleh,” jelasnya. 

Sebelum ini, Datin Noor Kartini Noor Mohammed yang juga ibu kepada bekαs pengacara MeleTοp dan usahawan selebriti, Neelofa membuka akaun TikTοk.

Ia bertujuan untuk mencari lebih peluang dalam perniagaan yang dihasilkan olehnya untuk lebih berkembang maju dan merupakan peluang keemasan untuk jadikan TikTοk sebagai satu cabang marketing. 

Sekadar info dan semoga bermanfaat. 

Sumber: 

[1] Rujukan, Gempak

[2] Gambar utama, Oh My Media dan Malaysia Time 

[3] Gambar 1, Malaysia Time 

[4] Gambar 2, Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.