“”Saya tak mαrαh atau sεdih..”Netizen Kata Yonnyboi Tak Pαndαi Bimbαng, Sekali Nina Buka Mulut

Sebelum ini, kita dikhabarkan dengan berita bahawa isteri kepada penyanyi rap terkenal, Yonnyboii iaitu Nik Nazira (Nina) sudah tidak lagi memakai tudung.

Ekoran itu, ia mendapat pelbagai reaksi oleh warganet tetapi Nina berkata dia langsung tidak terke’san dengan komen-komen ne’gatif.

Katanya, dia bertindak sedemikian untuk menerima segala kri’tikan dan teguran daripada warganet dan menerima dari sudut positif.

Malah, dia sentiasa meminta orang ramai supaya mendoakan kesejahteraannya.

“Saya tak ma’rah atau se’dih dengan komen-komen netizen apabila melihat saya tidak bertudung kerana setiap orang ada persepsi sendiri, selagi saya jujur pada diri sendiri, saya rasa okey saja.

“Kalau nak tegur itu doa yang baik-baik saja, kalau mak1-mak1 anda juga yang dapat d0sa, mungkin kalau tegur baik-baik kita sama-sama dapat pahala, itu baru betul,” jelasnya kepada semua.

Dalam pada itu, Nina menjelaskan lagi bahawa dia masih dalam proses untuk mengenakan pemakaian tudung sejak beberapa tahun ini dan penampilannya mula mendapat perhatian bila dia mulai rapat dengan Yonnyboii.

“Saya sebenarnya baru cuba bertudung dari tahun lepas, sebelum ini pun saya ada terbabit dengan iklan dan berlakon cuma orang tak kenal.

“Jadi, dalam industri sebelum ini memang saya tak tudung,” ujar Nina lagi.

“Apabila ramai orang melihat saya dengan Yonnyboii mungkin orang baru kenal saya, sebenarnya saya baru belajar pakai tudung dan istiqomah sebab proses itu baru setahun.

“Tak boleh nak terus sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya mencuba, cuma doa yang baik-baik saja buat saya.

“Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang, mungkin saya terus tutup terus pakai purdah, kita tak tahu pengakhiran orang macam mana,” kata Nina.

Sebelum ini, Nina menjadi perhatian ramai apabila dia tampil dengan imej tidak bertudung apabila dia bersama suaminya, Yonnyboii di AJL36 baru-baru ini.

Kemudiannya, Nina tampil lagi sekali dalam majlis prarasa di restoran Cili Kampung Hartamas baru-baru ini dengan mengenakan pakaian tradisional melayu tetapi tidak bertudung.

Disebabkan hal itu, Yonnyboii selaku suaminya turut menerima temp1asnya di mana ada juga mendαkwa dia tidak pandai menegur isteri yang tidak bertudung.

“Cara bimbingan saya dan keluarga dia lain-lain, tak sama, mungkin dengan keluarga berbeza, lebih str1ct.

“Tapi cara saya dengan isteri, tak mahu terlalu memαksa sebab saya mahu dia jujur dengan diri sendiri dan tak ada s0r0k apa-apa dari saya, asalkan cuba jadi yang terbaik.

“Saya tak boleh menilai isteri saya kerana saya pun tak sempurna lagi,” jelas Yonnyboii.

Antara menjadi tumpuan adalah ciapan daripada pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad di Twitter miliknya yang turut memberikan komen dan pandangan tentang persembahan malam tadi.

“Ko sak1t ke mat?” #AJL36..” ciapan Sharnaaz di Twitter miliknya.

Ciapan yang diberikan oleh Sharnaaz tu berbunyi agak pεdas yang menujukannya kepada penyanyi, Yonny Boii yang melakukan membawa lagu ‘Salahku’ yang dilihat begitu ‘in character’ semasa melakukan persembahannya.


Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Gempak

[2] Gambar Utama: Erin Sakura dan TV9

[3] Gambar-Gambar Lain: Kosmo, BH dan Remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published.