[Video] “Benda free ambillah..” Bagi Susu Durian Nilofa Secara Percuma Berkotak-Kotak, Rupa-Rupanya Ini Sebab Kenapa Neelofa Bagi ‘Free’

Seperti mana yang kita ketahui, selebriti terkenal tanah air, Noor Neelofa bukan sahaja berbakat besar dalam bidang pengacaraan, tetapi dua turut terlibat aktif dalam bidang perniagaan.

Jenama Nilofa merupakan salah satu cabang bisnesnya yang membekalkan produk susu minuman berperisa yang sudah bertapak di pasaran sejak tahun 2019 lagi.

Dalam pada itu, produk susu minumannya itu bermula dengan susu berperisa pisang dan selanjutnya diteruskan dengan beberapa perisa lain seperti durian dan kurma yang turut menjadi kesukaan pengguna di luar sana.

Namun begitu, tulαr di media sosial di mana terdapat beberapa buah kenderaan sedang beratur panjang di sekitar gudang Nilofa yang berlokasi di Meru, Klang.

Difahamkan, Nilofa telah menawarkan satu tawaran yang mengεjutkan di mana sesiapa sahaja boleh mengambil susu berperisa durian secara percuma.

Untuk makluman, rupanya terdapat satu pengumuman di mana pemberian susu berperisa durian secara percuma telah dijalankan dan sesiapa sahaja boleh mendapatkannya secara percuma.

Pihak Nilofa Group melalui Instagram rasminya juga ada memaklumkan, pemberian itu akan berlangsung sepanjang bulan Mac ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen begitu gembira dengan pemberian susu percuma itu dan mereka begitu menyambut usaha baik yang dilakukan oleh Nilofa.

Ada juga segelintir yang mendαkwa pemberian susu itu adalah kerana sudah menghampiri tarikh lupμtnya.

Tambahan pula, di dalam bahagian komen juga ada yang memaklumkan bahawa susu itu juga boleh didapatkan secara online dan orang ramai hanya perlu membayar caj penghantaran sahaja.

Namun sekiranya melihat di laman Instagram rasmi Nilofa Group, program tersebut berlangsung untuk mendidik semangat infaq dalam sanubari semua.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: awatttsyeikhh

[2] Gambar Utama: Instagram Nilofa Group

[3] Gambar dan Video: Lobakmerah dan Tiktok Sayal1pas

Leave a Reply

Your email address will not be published.