Pelanggan Ini Tak Sangka Harga Semangkuk Mi Sup Mencecah RM60, Tapi Akur Lepas Tuan Kedai Beri Penjelasan

Sejak kebelakangan ini, kita sering disajikan dengan harga makanan yang begitu mahal dek kerana peniaga yang suka mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan dengan sewenang-wenangnya.

Kadangkala harga di setiap menu makanan naik secara mendadak dan sangat tidak masuk akal harganya sehinngga menyebabkan ramai pelanggan tidak berpuas hati.

Dalam pada itu, alasan yang kerap diberikan oleh peniaga adalah kenaikan harga bahan mentah yang semakin meningkat dan ini menyebabkan mereka terpαksa menaikkan harga jualan untuk mengelαk ris1ko kerμg1an.

Baru-baru ini, v1ral di media sosial apabila seorang pengguna memuat naik hantaran menyatakan bahawa harga bagi semangkuk mi sup ikan yang dijamahnya di sebuah restoran di Sibu berharga sebanyak RM60.

Tambah pengguna itu lagi, dia berasa begitu ha1ran dan terkεjut dengan harga yang dikenakan semasa ingin melakukan pembayaran di kaunter.

Dia kemudiannya terus melihat semula resit yang diberikan dan segera menyoal kepada peniaga restoran itu tentang harga yang begitu mahal dicaj terhadap makanannya.

Peniaga itu menyatakan bahawa mi sup itu menggunakan sejenis ikan patin yang begitu istimewa yang harganya mencecah RM190 per KG.

Di samping itu, harga mi sup tersebut memang agak mahal kerana kualiti ikan yang digunakan dan mempersoalkan mengapa pelanggannya itu tidak bertanyakan soal harga pada awalnya.

Maka dengan itu, dia terpaksa menerima harga makanan itu dan terus membayar walaupun dia merasa jawapan yang diberikan oleh peniaga itu agak kurang memuaskan dirinya.

Dia juga mengakui bahawa ini adalah s1lapnya sendiri kerana tidak bertanya terlebih dahulu harga sebenar mi sup tersebut sebelum membuat sebarang pesanan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan oleh peniaga itu kepada pelanggannya yang dikatakan sangat tidak masuk akal.

“Macam t1pu sahaja, jarang la peniaga nak guna ikan patin mahal untuk berniaga, bukan seekor pun dalam mi sup tu, harga semangkuk macam untuk makan lima orang, sebab itu penting untuk peniaga sediakan buku menu kepada pelanggan bagi semαk harga sebelum pesan makanan,” komen salah seorang pengguna yang lain.

“Apa maksud peniaga itu pelanggan tak tanya harga dulu, bukan mereka yang patut sediakan harga hidangan untuk dilihat pelanggan.

“Kiranya kalau pelanggan tidak bertanya, peniaga boleh sesuka hati kenakan harga yang mahal,” kata pengguna lain.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Trendingsangat

[2] Gambar Utama: Kosmo 

[3] Gambar-Gambar Lain: Harian Metro dan Trendingsangat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.