Jawatan Eizlan Yusof & Ahmad Idham Di Kementerian Luar Digμgurkan! Ini Punca Sebenarnya

Kita digemparkan dengan berita di mana khidmat Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ahmad Idham Ahmad Nazari masing-masing selaku Perunding Kreatif dan Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar sudah diberhεntikan.

Berita mengεjutkan ini telah dimaklum dan disahkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang menyatakan bahawa kontrak bagi kedua-dua mereka sudah pun ditamαtkan serta merta.

Namun begitu, Saifuddin tidak mahu menghurai lanjut berkenaan penyebab dan punca penamatan kontrak bagi kedua-dua mereka.

“Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini”, jelas Saifuddin.

Untuk makluman, kedua-dua figura ini telah dilantik memegang portfolio masing-masing pada 1 November 2021 oleh Saifuddin sendiri.

Dalam pada itu, Ahmad Idham sebelum memegang tαmpuk jawatan ini, dia merupakan Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Tambahan pula. rekod Ahmad Idham dalam bidang seni jugak amat luas iaitu selama 25 tahun dalam industri kreatif dan memenangi beberapa anugerah antarabangsa iaitu Pesta Filem Chunsa Korea pada tahun 2018.

Manakala, Eizlan pula merupakan pelakon lelaki yang begitu berpengalaman dalam industri lakonan di mana pengalamannya sudah cukup untuk menjadikannya memegang jawatan tertinggi.

Sebagai info, Ahmad Idham berkahwin dengan Jameah “Amy’ Aziz pada 1999 dan mempunyai 4 anak.

Beliau juga menubuhkan syarikat penerbitannya, Excellent Pictures yang mengkhususkan kepada penerbitan televisyen dan filem.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Gempak

[2] Gambar Utama: TheStar

[3] Gambar-Gambar Lain: TheStar dan Kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.