Diva AA Tuntut Bαki Bαyαrαn, Sekali Ini Respons Pihak Produksi

Sebelum ini, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah diberhen’tikan serta merta sebagai pengacara dalam sebuah rancangan realiti, bernama Mic On!.

Tapi, Diva AA juga mendak’wa pihak Awesome TV masih belum menjelaskan baki bayaran kepadanya, seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan. 

Terpangil untuk menjelaskan perkara sebenar, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas menjelaskan, Diva AA sudah mendapat bayaran penuh semasa dia diberhen’tikan tugas. 

Bayaran penuh untuk sepuluh minggu dibayar oleh pihak Awesome TV walaupun Diva AA hanya menjalankan tugas hanya selama enam minggu.

“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melang’gar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami. 

“Kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka. 

“Merujuk kepada isu Azwan Ali yang menuntut ba’ki bayaran untuk program Mic On!, pihak kami memandang se’rius akan pertu’duhan tersebut. 

“Ini kerana pembayaran penuh untuk 10 minggu telah pun dibuat pada hari yang sama dia digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022 walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja,” jelasnya.

Sebelum ini, Azwan Ali menuntut jumlah baki bayaran tertunggak seperti yang dijanjikan serta meminta pihak produksi berhenti keluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan nama baiknya. 

Menurut Azwan juga, dia berasa ke’sal dengan pihak stesen yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu selain tidak menerima sebarang surat rasmi daripada mereka. 

Menjawab soalan Azwan, pihak Awesome TV sudahpun mengeluarkan surat pemberitahuan rasmi penamatan khidmat Azwan pada Selasa lalu. 

“Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat dia juga telah dikeluarkan pada hari yang sama. Kami beranggapan isu bayaran untuk program MIC ON! Sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. 

Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program MIC ON! Yang masih berbaki empat minggu lagi,” tambahnya lagi. 

Untuk rekod, pada Selasa lalu, pihak pengurusan Awesome TV mengambil keputusan secara mengejut mengu’gurkan pengacara Azwan Ali dari mengacara program realiti MIC ON! musim kedua serta merta.

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan program tersebut berjalan lancar serta menghormati semua pihak yang terlibat.

 Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber:

[1] Rujukan, mstar dan Rotikaya

[2] Gambar utama (Gambar hiasan), Harian Metro dan awesometvmalaysia

[3] Gambar lain, mstar, Kosmo dan NST

Leave a Reply

Your email address will not be published.