“Wartawan cilik memεsongkan, merεndαhkan dan memperlεkεhkan profesion kewartawanan itu sendiri”- Prof. Datuk Dr Ahmad Murad

Baru-baru ini, kita dihidamkan dengan bakat luar biasa Muhammad Haziq yang berusia 12 tahun.

Kepetahan dan kecerdasannya amat dikagumi dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga menjadi bualan dan dijemput oleh Perdana Menteri dan mendapat perhatian Sultan Kedah.

Tetapi tindakan sesetengah pihak yang mengelarnya sebagai ‘wartaman cilik’ mendapat reaksi ku’rang menyenangkan oleh seorang tokoh ilmuan negara.

Pensyarah Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berpendirian bahawa, gelaran tersebut amatlah tidak tepat sekali.

Antara ucapan beliau adalah:

“Penggunaan ungkapan ‘wartawan cilik’ bagi tajuk berita dan cerita seperti ini (dan Telah berkali-kali digunakan) amat tidak tepat lalu meme’songkan, meren’dahkan dan memperle’kehkan profesion kewartawanan itu sendiri.”

“Walaupun penggunaan seperti ini mungkin bersahaja, dalam memaparkan satu slanga, atau memaparkan kecilikan seorang kanak-kanak, Ia tidsk sepatutnya dipandang ringan.”

“Yang dilakukan oleh budak tersebut ialah melaporkan sesuatu kejadian dengan meni’ru apa yang dilihatnya. ”

“Apa yang dilihatnya dari tugasan melaporkan berita di televisyen Bukanlah dapat dipaparkan menggunakan istilah ‘kewartawanan.’ ”

“Apa yang dilihat dan dilakukanya ialah proses melaporkan berita atau pemberitaan dan petugas itu memenuhi fungsi sebagai pemberita.”

“Pemberitaan adalah satu fungsi dalam profession kewartawanan. Tugas dan fungsi editor dalam menulis lidah pengarang, komentar, pendapat, esei, penulisan rencana, pengurusan berita, penulisan kolum -”

“Semunya adalah fungsi profesion kewartawanan. Pemberita, penerbit, editor berita, editor halaman lidah pengarang, Ketua editor, editor sukan, editor ekonomi, editor jenayah, editor sains – semua itu jawatan dalam organisasi media; semua itu merupakan ahli kepada profession kewartawanan, dan semua digelar wartawan.”

“Mereka yang melakarkan tajuk berita dalam hal ini harus/mesti/patut membezakan antara fungsi/jawatan/profesion.”

“Golongan wartawan mesti meningkatkan kefahaman mereka mengenai bidang mereka sendiri. Bukan semua Boleh Jadi wartawanan.”

“Editor dan wartawan (Jika mereka sedar akan istilah itu) mesti menganggap kewartawanan sebagai satu profesion dan institusi.Ia Ada nilai dan ideologinya sendiri.”


Semoga bermanfaat dan terima kasih.

[1] Rujukan dan gambar utama, Odisi dan Ahmad Murad Merican

[2] Gambar 1, Sinar Harian

[3] Gambar 2, mStar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.