(Video) “Buang je la kalau saya tak layak” Iqbal Serah Nasib & Cabar Juri

Gara-gara diken’cam berterusan oleh warganet, Ahmad Iqbal menca’bar pihak juri untuk menying’kirkan pada konsert seterusnya.

Selain itu, dia juga meluahkan bahawa dia tidak mempunyai latar belakang dalam bidang muzik dan menyerahkan nasibnya kepada pihak juri untuk menentukan nasibnya.

Antara ucapan beliau adalah:

“Mungkin saya peserta paling teruk sepanjang 4 musim, tapi bagi saya tak mengapalah.”

“Bu@ng je la kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa, saya okey je”

“Saya adalah usahawan dan bukannya penyanyi sebenar. Jadi jangan bandingkan saya sebagai penyanyi dalam situasi ni” luahnya.

Video penuh boleh ditonton seperti dibawah:

Terdahulu, pada minggu pertama konsert Big Stage 2022, Presiden Netizen iaitu DS Vida telah mempertahankan persembahan bekas pembantu per!badinya, Ahmad Iqbal Zulkefli yang berjaya menjadi peserta ke-12 program realiti TV tersebut.

Melalui laman TikTok miliknya, DS Vida melakukan sesi live di hotel penginapannya untuk menyatakan hasratnya berkenaan perkara itu dan dia juga merasa kas!han akan nasib yang men!mpa Iqbal itu.

Dalam pada itu, menerusi konsert pertamanya itu, Iqbal secara rasmi menjadi peserta ke-12 konsert Big Stage 2022 dengan menyanyi lagu ‘Biar Bulan Bicara’ dipopularkan oleh Broery Marantika.

Malangnya, persembahan Iqbal ini menjadikannya berada di tiga peserta di tangga terc0r0t iaitu mendapat markah terεndah sahaja daripada barisan juri yang terdiri daripada Ajai, Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz.

Namun, DS Vida memberikan markah yang agak tinggi kepada Iqbal iaitu sebanyak 73%.

“Bila saya tengok b0tt0m 3 sewaktu peny1ngk1ran tu saya jadi kes1an, salah ke kalau kes1an, tak de maksud apa-apa, ini pun saya bal1k hotel terus, takde saya nak cari dia,” ujar Vida.

“5 markah je Ajai bagi, okay la daripada takde langsung,” luah Vida.

Tambahan pula, pembantu per1badi DS Vida iaitu Dilla turut menyatakan perasaan yang sama di mana dia juga sangat berpuas hati dengan persembahan Iqbal dan memuji keberaniannya untuk menyertai pentas Big Stage.

“Sebenarnya bila kita duduk dalam hall itu, memang sedap dengar dia nyanyi, dan saya sangat bangga dengan Iqbal sebab dia boleh balik dari Indonesia dan sahut cabaran ini, tunggu minggu depan, kita bagi peluang kat dia,”katanya lagi.

Sebelum ini, penyanyi Sarah Suhairi menjadi juara ketika penganjuran musim pertama (2018) manakala penyanyi Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019) serta Azzam Sham din0batkan sebagai juara musim ketiga (2020).

Untuk makluman, rancangan ini dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad dan dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC).

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan, mStar dan Gempak

[2] Gambar 1, Media Hiburan

[3] Gambar 2, Kopi Planet

[4] Gambar utama, mStar dan Media Hiburan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.