[Video] “2 bulan dah cikgu ajaq PJ dia akan pakai baju sekolah.”, Pelajar Tαkdα Baju Sukan Buat Ramai Sebαk

Semalam, viral sebuah video di Titok, yang dimuatnaik oleh @cikpuangojes, yang memaparkan seorang pelajar sekolah rendah sedang duduk di tepi padang sekolah, hanya mampu melihat kawan-kawan yang lain melakukan aktiviti sukan semasa waktu Pendidikan Jasma’ni.

Setelah ditanya oleh cikgu di sekolah tersebut, akhirnya terbong’kar bahawa pelajar terbabit tidak mempunyai baju PJ untuk dipakai ketika waktu pelajaran subjek berkenaan.

Dan alasan yang diberikan amat menya’yat hari, iaitu kerana ibunya ti’dak mempunyai duit untuk membelinya baju PJ.

Menurut pelajar itu lagi, mereka berasal daripada keluarga yang su’sah memandangkan ibu bapa hanya bekerja di Kedai Runcit 1Malaysia.

Menurut gurunya, sudah dua bulan pelajar ini tidak memakai baju PJ semasa waktu Pendidikan Jasmani dan hanya memakai uniform sekolah.

Disebabkan itu, guru ini merasakan sesuatu yang agak gan’jil dengan keadaan pelajarnya ini dan guru itu bertin’dak untuk menanya beberapa soalan kepada muridnya itu.

Melalui pertanyaan itu, pelajar yang disapa dengan nama Putra merupakan anak bongsu dari empat adik beradik.

“Kamu maw tak cikgu belikan kamu baju PJ baru?” tanya guru tersebut.

Gurunya terus membawa Putra pergi ke koperasi sekolah untuk membelinya sebuah baju PJ yang baru kerana terlalu kasi’han kepada pelajarnya itu.

“Sekejap lagi waktu rehat kita pi tengok baju baru kat Putra, Putra tunggu cikgu kat koperasi time waktu rehat,” pesan guru itu.

Putra hanya menggang’guk dan kelihatan wajahnya sedikit ceria apabila mengetahui gurunya mahu membelinya sebuah baju baru.

Dalam pada itu, pelajar darjah empat ini juga menyatakan bahawa dia sangat minat bermain bola sepak tetapi disebabkan tiada baju PJ dia tidak boleh bermain bersama-sama rakan-rakannya.

Sewaktu di dalam koperasi sekolah, kelihatan wajah Putra yang masih ma’lu-m’alu telah dipakai baju PJnya yang baharu oleh gurunya itu.

Kemudian gurunya berpesan kepada Putra supaya datang ke sekolah hari-hari dan jangan pon’teng sekolah lagi.

Bukan itu sahaja, gurunya juga membeli seluar yang baharu buat anak murid kesayangannya itu sambil terus memberikan nasihat berguna kepada pelajar itu.

Kelihatan di situ, guru-guru lain juga berasa begitu terharu dan mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada Putra untuk terus belajar bersungguh-sungguh demi masa depan.

Perkongsian video adik Putra di Instagram ini juga telah menarik perhatian pelakon terkenal, ZaraZya yang turut menawarkan diri untuk membelikan Putra baju PJ yang baharu.

“Siapa adik ini? Saya nak belikan baju pj untuk dia,” komen ZaraZya dalam Instagramnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen begitu terharu dengan apa yang berlaku kepada Putra dan mereka mendoakan supaya Putra terus bersemangat meneruskan kehidupannya.

Ramai juga yang memuji tindakan gurunya yang begitu prihatin dengan kebajikan murid-murid yang berada dalam keadaan su’sah.

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar dan pengajaran untuk semua.

Sumber

[1] Rujukan: Berita Cik Kiah

[2] Gambar dan Video: @cikpuangojes

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.