Shuib Kongsi Foto Bermain Golf Bersama Permaisuri Agong, Ramai Kagum Bila Lihat Cara Baginda Layan Shuib

Kelmarin, usahawan dan pelawak popular tanah air, Shuib telah memuat naik video pendek dan beberapa foto di Instagram peribadi ketika memasuki satu kejohanan golf.

Tetapi apa yang mencμri perhatian ramai adalah dalam foto yang dikongsi oleh Shuib juga memaparkan dia bersama dengan Raja Permaisuri Ag0ng, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut hadir ke padang golf.

Untuk makluman, Kejohanan Tunku Azizah Golf Challenge itu telah diadakan di Mahkota Golf & Coutry Club, Kuantan Pahang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat Shuib di Instagram menyatakan bahawa dia begitu bertuah kerana dapat bermain golf bersama-sama dengan permaisuri kesayangan rakyat.

Tidak melepaskan peluang juga di mana rakan-rakan artis juga turut menyatakan perkara yang sama kepada Shuib.

Manakala, ada juga pengikut yang bersel0r0h dengan Shuib dengan mengatakan dirinya bakal mendapat gelaran ‘Datuk’ tidak lama lagi kerana bermain golf bersama figura besar negara.

“Tak lama lagi dapat Dato’ la ni Shuib,”

“Tan Sri Shuib,” tulis salah seorang peminat Shuib di Instagram.

Sementara itu, ternyata memang ramai yang menyayangi Raja Permaisuri Agong dek kerana sifatnya yang peramah dan sentiasa merendah diri ketika bersama rakyat jelata.

Semasa bersama Shuib di lapangan, baginda kelihatan begitu mesra dan ceria ketika berbual dengan Shuib ibarat seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Gempak

[2] Gambar Utama: Instagram Shuib Sepahtu

[3] Gambar-Gambar Lain: Instagram Shuib Sepahtu

Leave a Reply

Your email address will not be published.