(Video) Rezeki Pengantin Baru, Dapat Hadiah Dari Rakan Sekerja Tapi Hadiah Dari Bos Paling Mengejμtkan Ramai

Rasanya mesti ramai jugak yang pe.ning setiap kali nak bagi hadiah untuk kawan atau saudara yang baharu mendirikan rumah tangga.

Kita pastinya hendak menghadiahkan mereka hadiah yang berguna dan sesuai, untuk pasangan pengantin nanti.

Bagi yang tak tahu hadiah apa yang ingin diberikan nanti, bolehlah lihat video di bawah untuk dijadikan inspirasi.

Video yang dimuatnaik pengguna Facebook Ain Fatin Lyana menunjukkan hadiah yang dibawa rakan-rakan untuk pasangan pengantin baru.


Dapat dilihat dari video yang dikongsikan oleh majikan kepada pengantin perempuan ini, kesemua rakan-rakan sekerja pengantin membawa hadiah berupa barangan kelengkapan rumah.

Malah bukan itu saja, bos kepada pengantin perempuan itu juga ada memberikan hadiah kereta Myvi sebagai hadiah untuk pengantin perempuan, yang dah tujuh tahun berkhidmat dengan syarikat.


Menjengah ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji rakan-rakan pengantin kerana memberikan hadiah berguna untuk mereka dan tak kurang yang turut terhibur dengan gelagat rakan-rakan pengantin bersama hadiah yang diberikan mereka.

Sekadar perkongsian dan terima kasih.

Sumber:

[1] Rujukan, Siakap Keli

[2] Gambar dan Video, Tiktok makcikpondesyen

Leave a Reply

Your email address will not be published.