DSV Pilih Influencer Kacak Jadi PA, Gaji Ditawarkan Jadi Bualan Ramai

Sebelum ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida memaklumkan sedang mencari lelaki kacak bagi mengisi jawatan sebagai pembantu peribadinya yang baru.

Nampaknya, segala teka-teki terjawab apabila Vida mendedahkan identiti pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Qushayry atau Abang Qu yang merupakan seorang influencer.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Vida berkata pemuda itu seorang yang pemalu jika dibandingkan dengan dirinya yang happy go lucky.

“Bismillah, PA baru saya (Abang Qu). Buat yang baru ikuti saya, dah lama saya cari PA untuk bantu saya. Ramai yang hantar resume. MasyaAllah…semua hebat hebat..”

“PA baru saya ni @abgqu1 pemalu sikit orangnya. Saya pula jenis yang Happy sokmo haha. Ntah tak tahu macam mana nanti. Doakan ye, semoga kemasukan dia memberi barokah.”

“Rezeki semua rahsia Tuhan, tak tercepat tak terlambat. Mana la tahu yang komen di positif positif di posting ini dapat Rezeki (Hadiah) dari saya? Tiber haha. InsyaAllah doakan tau perniagaan QuPuteh saya berikan manfaat kpd semua orang.”

“Kehadapan PA baru saya Abang Qu, kerja baik baik, dikasihi team QuPuteh .🍅🍅 Teruskan semangat untuk sama sama kami memberi manfaat kepada semua. Aaminn”

Menurut Vida, ramai yang menghantar resume untuk menjadi pembantu peribadinya dan calon-calon semuanya hebat-hebat belaka.

Sementara itu, pemuda itu turut memuat naik perkongsian di Instagram meminta orang ramai mendoakan agar perjalanannya di Empayar DSV dipermudahkan dan baik-baik sahaja.

Terdahulu, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli merupakan PA kepada Vida. Malah, mereka juga merancang untuk mendirikan rumah tangga namun hasrat mereka itu tidak kesampaian.

Sumber:

[1] Rujukan, Rotikaya

[2] Gambar utama, Salatiga dan Analisa

[3] Gambar lain, DSV

Leave a Reply

Your email address will not be published.