DSV Lantik PA Kacak Baru, Sekali Ini Respons Iqbal

Semalam, kita dikejutkan dengan Dato Seri Vida (DSV) melantik pembantu per1badi (PA) yang baharu, Qush.

Tetapi, apa yang mencu’ri tumpuan ramai adalah ucapan simple & ringkas Iqbal kepada PA DSV yang baharu itu.

“All the best!” ucap Iqbal.

Selain itu, Iqbal juga menyatakan bahawa dia berharap Qush atau nama penuhnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar dapat memberikan komitmen yang bagus dalam bekerja dengan be’kas majikannya itu.

“Sejujurnya saya tak ambil tahu tentang dia (Vida). Saya ada ternampak berita tentang PA baharu dia tu, tapi saya tak baca selanjutnya.

“Saya mampu cakap all the best saja la…saya tak ada hak nak komen lebih-lebih, cuma pesanan saya kerja baik-baik.

“Dia kena lalui pengalaman itu sendiri, belajarlah sendiri tengok cara kerja DSV, saya tak boleh nak cakap apa-apa cuma bersedialah dengan sebarang kemungkinan.

“Untuk makluman pemilihan saya dulu tak sama macam sekarang, saya diuji dengan banyak kerja, selepas setahun baru dilantik jadi PA dengan gaji RM1,200.

“Yang sekarang ini DSV terus popularkan, sangat berbeza,” ujar Iqbal.

Sementara itu, DS Vida memaklumkan dalam Instagram miliknya bahawa Qush adalah individu yang mengisi kekosongan jawatan PA dan bakal mendapat bayaran gaji RM10,000 sebulan.

Qush yang juga merupakan personaliti media sosial menerima jawatan itu dengan rela hatinya.

Untuk makluman, drama pencarian PA oleh DS Vida ini begitu menarik tumpuan ramai sejak beberapa bulan yang lalu, di mana DS Vida meletakkan syarat-syarat yang agak tinggi iaitu calon mestilah seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang kacak.

Di samping itu, Iqbal juga menyatakan bahawa dia langsung tidak kesah dengan pelantikan PA baharu tersebut yang dikatakannya hanyalah sebagai satu g1mik.

“Sikit pun saya tak berasa hati…cuma tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV.

“Kalau tanya saya secara peribadi besar kemungkinan PA baharu ni ada taste yang DSV suka, kulit putih, soft spoken dan senang mengikut permintaannya,” kata Iqbal lagi.

Terdahulu, selepas gagal dalam bidang nyanyian setelah ters1ngk1r dari pentas Big Stage 2022, Iqbal bakal berlakon dalam drama terbitan Erma Fatima pula.

Penggambaran drama yang akan disiarkan di TV3 sudah berjαlan dan Iqbal ada berkοngsi perkara tersebut melalui laman instagramnya bersama pelakοn Zul Ariffin. 

Berita itu nyata tidαk menyenαngkan sesetengah pihak yang merasakan Iqbal akan menjαtuhkan industri hiburαn, namun Erma tidαk menghirαukan malah membαlas komεn nεtizεn dengan mengatakan dia ada sebab tersendiri. 

Semoga perkongsian ini dijadikan iktibαr dan pengαjaran untuk semua. 

Sumber: 

[1] Rujukan, Mstar

[2] Gambar utama, IG ahmadiqbalzulkefli, NST dan IQ Qushayryl1

[3] Gambar lain, IG ahmadiqbalzulkefli dan Airnws

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.