“Alhamdulillah, benar bagai dikata..” Selepas Hampir 2 Bulan Bergelar Isteri, Heliza Titip Sesuatu

Berdasarkan perkongsian, penyanyi dan ak’tivis, Datin Seri Heliza Helmi meluahkan bahawa pernikahannya dengan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman telah memberi sesuatu sinaran yang baharu dalam kehidupannya.

Bekas peserta program AF5 itu telah bergelar isteri orang selama hampir dua bulan, itu jelas merasakan dia sudah mula mempelajari sesuatu yang baharu dan memerlukan masa untuk itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Heliza x Mahadi (@hnmtilljannah)

(Gambar hiasan)

“Sekarang, usia perkahwinan kami baru sahaja menjengah lebih 40 hari. Banyak lagi yang perlu saya belajar.

“Umpama budak tadika yang baru masuk sekolah, saya dan suami masih baru lagi. Alhamdulillah, banyak benda yang tak menjadi kebiasaan, kami cuba biasakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, perkahwinannya ini berlaku secara ‘taaruf’ dan semestinya memerlukan masa dalam dia membiasakan diri dengan kehidupan baharunya ini.

“Jadual kami berdua memang padat dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing.

“Jadi, saya akan temankan suami kalau dia ada mesyuarat atau apa-apa urusan dan begitu juga sebaliknya.

(Gambar hiasan)

Sementara itu, Heliza juga menyen’tuh berkenaan dirinya yang sudah bergelar Datin Seri dan itu antara perkara yang harus dia biasakan dalam kehidupan baru ini.

“Dari dahulu lagi, kalau ke mana-mana acara, saya selesa menggunakan nama Kak Ja. Jadi, panggil sahaja Kak Ja.

“Untuk gelaran itu, kira diraikan. Cuma, bagi saya sendiri lebih selesa membahasakan diri saya Kak Ja contohnya, kalau ke majlis-majlis perkongsian dan motivasi dengan pelajar-pelajar dan sebagainya,” jelasnya.

Apabila disoal mengenai rezeki selepas kahwin, Heliza jelas menyatakan bahawa dia mula merasakan kenikmatan selepas nikah itu adalah benar.

“Alhamdulillah, benar bagai dikata, rezeki selepas berkahwin datang mencurah-curah. Ada beberapa tawaran antaranya sebagai duta produk dan juga tawaran berlakon dalam filem Road to Heaven ini.

Terdahulu, adik kepada Datin Seri Heliza Helmi, iaitu Hazwani Helmi dikaitkan dengan Shuib secara tiba-tiba.

Hazwani mengakuit terke’jut dengan go’sip itu dan mende’dahkan perkara tersebut adalah tidak benar.

“Terke’jut macam mana wujud go’sip itu…memang tak benar sama sekali.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎯Hazwani Helmi (@hazwanihelmi)

(Gambar hiasan)

“Rasanya Shuib pun terkejut agaknya sebab kami memang tak pernah berjumpa, tak pernah berhubug dan tak pernah ada urusan.”

“Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram”

“Tertanya bila masa pula saya kena kaitkan dengan Shuib ni?

Sekadar info dan semoga bermanfaat buat semua.

Sumber:

[1] Rujukan: Harian Metro, mStar dan Kosmo

[2] Gambar Utama: mStar dan Astro Awani

[3] Gambar-Gambar Lain: Instagram @nb.co_Instagram Heliza Helmi 

Leave a Reply

Your email address will not be published.